November 23, 2011

quote 1

"Don't try understand everything, because sometimes it is not meant to be understood, but to be accepted"

November 21, 2011

Nature l Part 1

AlhAmdulillah..syukur.. :)

Duduk di Malaysia..ada pelbagai kelebihan Tuhan ciptakan sesuatu kepada kita..mood baru pulang kem mountaineering kursus Kembara Alam..sungguh penat kerana terpaksa melangkah sejauh 3km untuk sampai ke tempat destinasi (Kem Teratak Riverview)..walau bagaimanapun satu pengalaman yang tak boleh dilupakan..satu ayat yang ingin dikongsi..

"Cuba sesekali keluar dari dunia 'comfort' anda a.k.a zon selesa anda, cuba sesekali mencuba benda baru" macam sy =)

satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan..

akan bersambung..

November 14, 2011

Fikir l part 1

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..sampai ke kelas awal hari ini..dapat luang sedikit masa untuk berceloteh di blog usang ini..Tertarik untuk mengungkapkan sesuatu apabila mendgr ceramah yang di sampaikan oleh rakan saya pagi tadi..

"Fikirkan sesuatu yang bernilai kerana ia lebih baik dari solat sunat 60 hari"



October 3, 2011

Masa I Hilang..? - 1


Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Selamat pagi semua..mata pasti segar bugar bukan di pagi hari kan. Menghirup udara segar di pagi hari membuatkan saya lebih bersemangat!Mari kita cari kekuatan di sebalik permulaan hari Isnin ini dan juga rahmat di pagi hari ini, di mana rezeki mencurah-curah turun ke dasar bumi yang di beri oleh Nya kepada hamba-hamba yang berlumba-lumba mencarinya..

Kepada yang masih lelap, Ohh betapa rugi rasanya. :)

Sesuatu yang saya sangat ingin kongsi pada pagi ini adalah mengenai masa. ouhh sering kita dengar bukan bahawa 'Masa itu Emas' lagi mahal dari emas i thought.hehe Erm apa yang buat saya terfikir untuk berkongsi tentang masa pagi ini adalah saya termimpi sesuatu pada malam tadi.

Saya bermimpi tentang masa yang bercelaru atau erti kata lain hilang. Dan apabila bangun tidur saya terfikir bagaimana kita akan hidup di muka bumi ini jika masa hilang, tak wujud dan sebagainya. Ohh jom kita bayangkan. Ia membuat kan saya termenung panjang di pagi hari.

AHHA!

Apa yang akan terjadi?

mungkin kita akan terlambat ke kelas.
mungkin juga masa kita sampai ke kelas tak sama.
bagaimana pula dengan waktu solat anda..?
adakah semua akan jadi sama.
mungkin juga dunia akan menjadi kelam kabut.

wah wah..macam-macam andaian bukan..?

Saya bermimpi yang saya telah bangun sahur untuk puasa pagi ini dengan waktu yang berlainan. Saya lihat waktu di hp saya tiada dan saya tertanya-tanya pukul berapa sekarang dan sudah masuk waktu Subuh ke. Adakah saya terlepas untuk bersahur. Wah wahh.. Apabila saya terjaga rupa-rupanya saya hanya bermimpi.

Nampak jelas di sini bukan yang saya sangat bergantung harap pada h/p saya bukan. Dan itu membuatkan saya terfikir bagaimana jika masa hilang dirinya begitu sahaja, membuatkan saya sedikit sedar untuk menghargai masa.hee

Jom kawan-kawan hargai masa anda :)

"Space we can recover, but time never"


October 2, 2011

Give I Take - 1


Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain. Semua daripada kita membesar sambil bergantung harap kepada orang lain. Bukan saja ibu bapa kita, malah berjuta orang yang kita kenali atau tidak kenali. Orang lain memerlukan kita untuk hidup begitu juga kita memerlukan orang lain untuk hidup.

Contohnya apabila kita lahir, ada jururawat, ada doktor, ada pengawal keselamatan hospital, ada makcik tukang masak, ada pencuci lantai dan sudah tentu ibu, bapa, makcik, pakcik, tokwan dan nenek kita juga membantu kita dalam mana-mana segi.

Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.

Sewaktu saya bertanya kepada salah seorang mentor saya, "Apakah rahsia kejayaan beliau?" Beliau menjawab mudah iaitu, "Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."

Saya agak terkejut kerana dengan memberi pertolongan ini bermakna apa yang kita ada akan berkurangan. Namun teori ini hanya dapat difahami apabila dipraktikkan.

Jadi di sini, yang pertama adalah beri pertolongan selagi kita boleh beri pertolongan. Tak semua pertolongan akan mengurangkan apa yang kita ada. Contohnya kita tolong kawan menasihati mengenai pelajarannya, berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Ini semua tidak mengurangkan apa yang ada pada anda. Jika ia mengurangkan sekalipun, seperti memberi sedekah atau pertolongan fizikal. Jangan risau, anda akan dapat lebih dari itu.

Ini hukum alam.

Memberi pertolongan ini masih mudah. Namun perkara yang menjadi masalah ramai orang adalah menerima pertolongan. Saya diajar sejak kecil oleh ibu dan ayah saya untuk tidak menerima sebarang pertolongan daripada sesiapa.

Menyusahkan katanya, dan prinsip yang saya pegang adalah mudahkan hidup orang lain, hidup anda juga pasti mudah. Oleh itu, saya cuma faham hikmah di sebalik perkataan memberi sahaja bukan menerima.

Saya terbaca satu kisah yang agak menarik perhatian saya..

"Apabila seseorang ingin memberi kepada kita, jangan katakan tak nak. Kerana orang yang memberi itu mempunyai kebahagiaan yang lebih berbanding kita yang menerima. Jadi Atta sebenarnya ingin menolong mereka untuk bahagia dengan memberi."

Ya, ini hukum alam.

Manusia mendapat lebih kebahagiaan dengan memberi berbanding menerima.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan disini. Lebih banyak kita dapat menolong orang lain dan menerima pertolongan orang lain, adalah lebih baik. Jangan belajar menolak apa yang diberi orang lain. Terima pemberian ini dengan terbuka hati.

Anda mungkin akan menolak peluang yang besar yang menanti anda jika anda menolak kebaikan yang datang kepada anda.

p/s :

  • Sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan
  • Sentiasa bersedia untuk menerima pertolongan
  • Ambil peluang yang anda terima tanpa ragu-ragu
  • Ucapkan terima kasih kepada manusiaBersyukur kepada Tuhan

September 20, 2011

Embun Menitis


Assalamualaikum w.b.t :)

Bismillahirahmanirrahim..

Salam Perjuangan! buat semua sahabat yang melawat blog ini. Alhamdulillah terbit jua blog ini dengan jayanya. Suatu laluan perkongsian yang saya kira dapat kita sampaikan melalui mata ke mata. Insha Allah. Pengalaman dari mata saya di harap dapat di kongsi bersama mata anda dan dapat di jadikan panduan yang baik buat kita semua.

Ilmu yang baik dan berguna adalah ilmu yang di kongsi bersama, ye tak? so, selamat berkongsi.

'Sharing is Caring'

so, welcome! ;)