Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Selamat pagi semua..mata pasti segar bugar bukan di pagi hari kan. Menghirup udara segar di pagi hari membuatkan saya lebih bersemangat!Mari kita cari kekuatan di sebalik permulaan hari Isnin ini dan juga rahmat di pagi hari ini, di mana rezeki mencurah-curah turun ke dasar bumi yang di beri oleh Nya kepada hamba-hamba yang berlumba-lumba mencarinya..
Kepada yang masih lelap, Ohh betapa rugi rasanya. :)
Sesuatu yang saya sangat ingin kongsi pada pagi ini adalah mengenai masa. ouhh sering kita dengar bukan bahawa 'Masa itu Emas' lagi mahal dari emas i thought.hehe Erm apa yang buat saya terfikir untuk berkongsi tentang masa pagi ini adalah saya termimpi sesuatu pada malam tadi.
Saya bermimpi tentang masa yang bercelaru atau erti kata lain hilang. Dan apabila bangun tidur saya terfikir bagaimana kita akan hidup di muka bumi ini jika masa hilang, tak wujud dan sebagainya. Ohh jom kita bayangkan. Ia membuat kan saya termenung panjang di pagi hari.
AHHA!
Apa yang akan terjadi?
mungkin kita akan terlambat ke kelas.
mungkin juga masa kita sampai ke kelas tak sama.
bagaimana pula dengan waktu solat anda..?
adakah semua akan jadi sama.
mungkin juga dunia akan menjadi kelam kabut.
wah wah..macam-macam andaian bukan..?
Saya bermimpi yang saya telah bangun sahur untuk puasa pagi ini dengan waktu yang berlainan. Saya lihat waktu di hp saya tiada dan saya tertanya-tanya pukul berapa sekarang dan sudah masuk waktu Subuh ke. Adakah saya terlepas untuk bersahur. Wah wahh.. Apabila saya terjaga rupa-rupanya saya hanya bermimpi.
Nampak jelas di sini bukan yang saya sangat bergantung harap pada h/p saya bukan. Dan itu membuatkan saya terfikir bagaimana jika masa hilang dirinya begitu sahaja, membuatkan saya sedikit sedar untuk menghargai masa.hee
Jom kawan-kawan hargai masa anda :)
"Space we can recover, but time never"
life is too short to waste the time...
ReplyDelete"time " : if you try to catch it, it will run, but when u try to walk with it, it will walk with you =)
ayu rsa laa..hee