October 2, 2011

Give I Take - 1


Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain. Semua daripada kita membesar sambil bergantung harap kepada orang lain. Bukan saja ibu bapa kita, malah berjuta orang yang kita kenali atau tidak kenali. Orang lain memerlukan kita untuk hidup begitu juga kita memerlukan orang lain untuk hidup.

Contohnya apabila kita lahir, ada jururawat, ada doktor, ada pengawal keselamatan hospital, ada makcik tukang masak, ada pencuci lantai dan sudah tentu ibu, bapa, makcik, pakcik, tokwan dan nenek kita juga membantu kita dalam mana-mana segi.

Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.

Sewaktu saya bertanya kepada salah seorang mentor saya, "Apakah rahsia kejayaan beliau?" Beliau menjawab mudah iaitu, "Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."

Saya agak terkejut kerana dengan memberi pertolongan ini bermakna apa yang kita ada akan berkurangan. Namun teori ini hanya dapat difahami apabila dipraktikkan.

Jadi di sini, yang pertama adalah beri pertolongan selagi kita boleh beri pertolongan. Tak semua pertolongan akan mengurangkan apa yang kita ada. Contohnya kita tolong kawan menasihati mengenai pelajarannya, berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Ini semua tidak mengurangkan apa yang ada pada anda. Jika ia mengurangkan sekalipun, seperti memberi sedekah atau pertolongan fizikal. Jangan risau, anda akan dapat lebih dari itu.

Ini hukum alam.

Memberi pertolongan ini masih mudah. Namun perkara yang menjadi masalah ramai orang adalah menerima pertolongan. Saya diajar sejak kecil oleh ibu dan ayah saya untuk tidak menerima sebarang pertolongan daripada sesiapa.

Menyusahkan katanya, dan prinsip yang saya pegang adalah mudahkan hidup orang lain, hidup anda juga pasti mudah. Oleh itu, saya cuma faham hikmah di sebalik perkataan memberi sahaja bukan menerima.

Saya terbaca satu kisah yang agak menarik perhatian saya..

"Apabila seseorang ingin memberi kepada kita, jangan katakan tak nak. Kerana orang yang memberi itu mempunyai kebahagiaan yang lebih berbanding kita yang menerima. Jadi Atta sebenarnya ingin menolong mereka untuk bahagia dengan memberi."

Ya, ini hukum alam.

Manusia mendapat lebih kebahagiaan dengan memberi berbanding menerima.

Jadi apa yang saya ingin sampaikan disini. Lebih banyak kita dapat menolong orang lain dan menerima pertolongan orang lain, adalah lebih baik. Jangan belajar menolak apa yang diberi orang lain. Terima pemberian ini dengan terbuka hati.

Anda mungkin akan menolak peluang yang besar yang menanti anda jika anda menolak kebaikan yang datang kepada anda.

p/s :

  • Sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan
  • Sentiasa bersedia untuk menerima pertolongan
  • Ambil peluang yang anda terima tanpa ragu-ragu
  • Ucapkan terima kasih kepada manusiaBersyukur kepada Tuhan

No comments:

Post a Comment